Wednesday 7 November 2012

  TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN,APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF
 

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuaiuntuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran keranaia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengansistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapatmenambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.
Di samping itu, jikakomputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampumenyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik  pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralataninput seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah sertamenarik.
Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikandalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalandata, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaankonsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor RayaMultimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yangmempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Menyedari hakikat ini, kerajaanMalaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasidan maklumat ini dengan menubuhkan
Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasiutama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC,2000).Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telahmemperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumatmalah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.
Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkannegara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkanorganisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antarasekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.
             Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:i.ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.ii.Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajarandan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagaisesuatu subjek tersendiri.iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanansesuatu sistem pengurusan.Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluasserta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.


7 comments:

  1. Salam, sudah tiba masanya kita warga pendidik melakukan anjakan paradigma ke arah mewarnai dunia pendidikan global dengan ICT... Syabas, teruskan uasaha murni cikgu...

    ReplyDelete
  2. Satu penerangan yang baik. Boleh dikongsikan bersama rakan yang lain.

    ReplyDelete
  3. Satu perkongsian ilmu yang menarik. Tahniah.

    ReplyDelete
  4. Blog cikgu menarik dan mempunyai banyak maklumat berguna. Selamat Berjaya.

    ReplyDelete
  5. bagus.....kpd student xske dgn math2 ni....

    ReplyDelete