TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN,APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF
Komputer adalah alat elektronik yang
kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuaiuntuk dijadikan alat bagi
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran keranaia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer
juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan jika digunakan dengansistematik. Pengajaran yang disertakan dengan
alat bantu mengajar terkini akan dapatmenambah
minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.
Di samping itu,
jikakomputer dapat digunakan secara sistematik
dan berkesan oleh guru, ia mampumenyelesaikan
sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer
dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986)
pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan
oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralataninput seperti
papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan
unit pemprosesan pusat (CPU).Heinich
(1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran
yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan
pembelajaran secara lebih mudah sertamenarik.
Bitter (1989)
pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam
tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan
komputer ini ada hubungkaitnya dengan
teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikandalam sistem
pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalandata,
dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai.
Perlaksanaankonsep Sekolah Bestari
iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor RayaMultimedia adalah
usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yangmempunyai
daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Menyedari hakikat ini, kerajaanMalaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi
komunikasidan maklumat ini dengan menubuhkan
Koridor Raya
Multimedia (MSC). Tujuh aplikasiutama dalam MSC terdiri daripada kerajaan
elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa
sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan
telekomunikasi global berkeupayaan
tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC,2000).Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah
menubuhkan sekolah bestari yang telahmemperlihatkan kesungguhan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa
Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumatmalah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.
Transformasi
ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkannegara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar,
meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan
teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum,
memperkembangkan pedagogi, menstrukturkanorganisasi sekolah dengan lebih
berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antarasekolah-sekolah
dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.
Konsep ICT dalam pendidikan
dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:i.ICT
untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh
mengurangkan jurang digital antara sekolah.ii.Fungsi
dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajarandan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada
subjek tersebut, dan sebagaisesuatu subjek tersendiri.iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan keberkesanansesuatu sistem pengurusan.Selain daripada
bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai
sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan
yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses
pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan
dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada
perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluasserta menggalakkan
penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.
Menarik !
ReplyDeleteSalam, sudah tiba masanya kita warga pendidik melakukan anjakan paradigma ke arah mewarnai dunia pendidikan global dengan ICT... Syabas, teruskan uasaha murni cikgu...
ReplyDeleteSatu penerangan yang baik. Boleh dikongsikan bersama rakan yang lain.
ReplyDeleteSatu perkongsian ilmu yang menarik. Tahniah.
ReplyDeleteBlog cikgu menarik dan mempunyai banyak maklumat berguna. Selamat Berjaya.
ReplyDeleteBanyak info.
ReplyDeletebagus.....kpd student xske dgn math2 ni....
ReplyDelete