Wednesday 7 November 2012


Senarai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak untuk meningkatkan taraf sistem pendidikan negara agar setaraf dengan negara maju. Pembangunan ni turut dilancarkan dengan tiga fasa dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Berikut adalah fasa pembangunan pendidikan Malaysia.


Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015
  • Peningkatan dalam kemahiran guru
  • Kualiti pengajaran
  • Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah
  • Mutu kepimpinan sekolah
  • Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020
  • Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.
  • Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
  • Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025
  • Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
  • Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.

Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;3. Membangunkan  
    rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk 
    menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti 
    pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.


Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baharu tersebut.


  

No comments:

Post a Comment