Friday, 30 November 2012


PENGAJARAN MATEMATIK

    1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran : Matematik
Tahun : 1 Cempaka
Bilangan Pelajar : 25 orang
Tarikh : 10 Oktober 2012
Masa : 8.40pagi hingga 9.40pagi
Tajuk : Ruang
Standard Pembelajaran : 9.1.1, 9.1.2
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
  1. Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid, silinder dan sfera.
  2. Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk 3D.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
  1. set induksi
  2. Langkah 1 – Pengenalan
  3. Langkah 2 – Aktiviti murid
  4. Langkah 3 – Tugasan Individu
  5. Penutup – Soal Jawab bersama-sama murid.

EMK : Kreatif dan Inovatif ( Mengenal pasti cirri dan situasi sekeliling, mengimbas kembali idea dan memberi pelbagai contoh berkaitan tugasan)

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat bentuk atau objek yang di sekeliling.

    1. Pelaksanaan P&P :

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set induksi
( minit 1-3)
Mencungkil pengetahuan/pengalaman murid berkaitan topik

Langkah 1
(minit 4-13)
Pengenalan bentuk 3D yang perlu diketahui,
Mengetahui ciri-ciri 3D.


Langkah 2
(minit 14- 23)
  1. Memberi soalan secara spontan untuk mengenali nama bentuk 3D dan ciri-cirinya.
  2. Melengkapkan jadual – Bilangan dan ciri-ciri 3D.
BBM:
Set bongkah 3D lutsinar.
Langkah 3
(minit 24- 28)
Tugasan Individu –Melukis,mewarna dan menamakan 3 bentuk 3D. Lukisan / visualisasi
Penutup
(minit 29-30)
Soaljawab – Menguji pengetahuan dan kefahaman.






1.3 Penerangan Pelaksanaan P&P:

Masa Pelaksanaan aktiviti
Set induksi
( 1-3 minit)
Guru berkongsi cerita bersama-sama murid mengenai objek di sekeliling bilik darjah untuk dikaitkan topik P&P.
Contoh:
Guru: Bagaimana bentuk kotak pensel bentuk ini?
Murid: Petak… segiempat.
Guru: Bagaimana pula bentuk bola getah ini?
Murid: Bulat…macam bola sepak..

Langkah 1
(4-13 minit)

Guru menerangkan kepada murid bentuk 3 Dimensi yang perlu dipelajari dengan membuat objek yang ada di sekeliling.
Contoh:
Guru: Bongkah yang saya pegang ini ialah ‘kubus’, bentuknya petak an mempunyai permukaan rata. Pada pendapat awak, apakah bentuk yang serupa dengan bentuk kubus?
Murid: Buah dadu, pemadam, kotak hadiah..- objek-objek yang hamper sama sifatnya.
Guru: Apakah bentuk yang sama dengan bentuk ‘kon’?
Murid : Kon ais krim – cornetto

Guru memperkenalkan 6 bentuk 3Dimensi kepada murid dan juga menyebut ciri-cirinya.
Langkah 2
( 14-23 minit)
Guru menguji murid dengan menyebut ciri-ciri bentuk 3D dan meminta murid meneka apakah nama bentuk 3D berkenaan.
Contoh:
Guru:Cuba kamu teka..bentuknya mempunyai 6 permukaan rata dan 4 bucu. Bongkah apakah itu?
Murid: Kubus…Kuboid..
Meminta murid sukarela menyebut semula ciri-ciri bentuk 3D berkenaan dan melengkapkan jadual yang mengandungi nama bongkah, ciri-cirinya di papan tulis.- Dengan bantuan guru.
Contoh: Jadual mengandungi ruang -bilangan permukaan, bilangan bucu dan bilangan sisi
Langkah 3
(24-28 minit)
Guru meminta murid melukis 3 bentuk 3 dimensi .
Murid melukis, mewarna dan melabelkan bentuk 3D tersebut.
Guru meneliti tugasan yang diberikan.
Penutup
(29-30)


Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid tentang pelajaran hari ini untuk menguji tahap penguasaan murid.
  • Menyebut bentuk 3Dyang telah dipelajari dan ciri-cirinya secara rawak.



6 comments:

  1. Matematik adalah salah satu subjek yang menarik !

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkosingan cikgu.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum wbt.
    Tahniah. Perkogsian ilmu yang banyak manfaatnya.Teruskan cikgu.Sudilah pula berkunjung ke blog saya di http://cikgurohanimu.blogspot.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dengan pengkongsian cikgu. Tahniah!

    ReplyDelete